Sebelum mencadangkan solusi kepada restoran, kami kenal pasti kekuatan dan cabaran yang di hadapi oleh restoran.

Tidak semua perniagaan patut menggunakan solusi yang sama, kerana keperluan yang berbeza.

5 Kelebihan Restoran Mamak

dan Cabarannya yang unik…

Kelebihan Restoran Mamak.jpg

5 Kelebihan : Fast Food-Fast Service Restaurant

  • Restoran Mamak mempunyai kriteria-kriteria asas sebuah fast food-fast service restaurant

  • Boleh dikatakan ia adalah Mcdonald versi tempatan.

  • 5 Kelebihan itu ialah :

  • Konsisten

  • Konvenien

  • Efisien

  • Mudah Jangka (‘Predictable’)

  • Identiti yang Seragam (‘Unified Identity’)

Konsisten

  • Tidak kira jenama, menu asas adalah konsisten.

 

“Anda berada di kawasan kebiasaan anda. Tak tahu nak makan apa?

Restoran Mamak menjadi destinasi pilihan. Nasi Kandar Ayam Goreng Panas dan Teh Tarik semestinya tidak pernah mengecewakan.”

Jika keluar ke negeri yang tidak mempunyai Restoran Mamak yang banyak, kehilangan ini sangat dirasai.

Konvenien

  • Ada di mana-mana, dan kebiasaannya beroperasi pada tempoh had waktu yang maksima.

 

Jika anda lapar jam 12 malam, kebiasaannya Roti Canai 2x, dan Teh O Ais Limau tapaw ialah jawapannya.

Kebiasaannya sesebuah restoran bertapak seusia dengan pembangunan disekitarnya. Restoran Mamak menjadi sebahagian dari identiti sesebuah lokaliti.

Efisien

  • Menepati kriteria fast food-fast service restaurant.

 

Sistem penyediaan makanannya sangat cepat.

Waktu menunggu makanan hampir sama dan tiada perbezaan ketara di antara jenama Restoran.

Malah ada pekerja yang tidak berbahasa tempatan masih dapat mengambil pesanan dengan mudah sekali.

Mudah Jangka (‘Predictable’)

  • Semua kedai mamak, mempunyai menu asas yang rasa dan cara penyediannya yang boleh dikatakan seakan-akan sama.

 

Beza cuma kaw dengan tak kaw sahaja.

Malah channel tayangan di layar skrin juga dapat dijangkakan.

Identiti yang Seragam

  • Restoran Mamak mempunyai identiti yang seragam dengan Restoran Mamak yang lain.

 

Walaupun mempunyai pelbagai jenama dengan pemilik yang berbeza, perbezaan khusus pada setiap jenama restoran, kebiasaannya ianya hanya diketahui oleh penduduk tempatan.

Untuk terus lihat flow Sistem dan Process yang kami gunakan untuk membantu pengusaha restoran.

5 Cabaran Restoran Mamak

Cabaran yang Dihadapi Hari Ini…

Cabaran Restoran Mamak.jpg

Cabaran yang Dihadapi - Perubahan Pola Pengguna

  • Kelebihan yang ada pada Restoran Mamak fizikal juga merupakan kelemahannya.

 

Apabila pola pengguna beralih menggunakan sistem pesanan secara ‘online’ dan ‘delivery’.

Restoran Mamak terpaksa bergantung kepada perkhidmatan pihak ke-3 bagi memastikan kelima-lima kelebihan Restoran Mamak ini dapat dikekalkan sebaik-baiknya walaupun perkhidmatan disediakan secara ‘online’ dan ‘delivery’.

Apakah Kelemahan Bergantung Pada Perkhidmatan Pihak ke-3?

Hilang Kawalan ke atas ‘Pricing Power’ dan Margin

  • Caj-caj tambahan pihak ke-3 yang diluar kawalan pengusaha restoran.

Mutu Perkhidmatan

  • Mutu perkhidmatan bergantung pada mutu perkhidmatan pihak ke-3

 

Dari aspek sistem aplikasi, membuat pesanan sehingga penghantaran.

Restoran hanya dapat kawal mutu makanannya. Dari 5 kelebihan Restoran Mamak, aspek mutu makanan sahaja yang kekal dalam kawalan pengusaha restoran.

Apakah kelemahan bergantung pada perkhidmatan pihak ke-3?

Monopoli Applikasi dan Sistem

  • Perkhidmatan pihak ke-3 dimonopoli sebilangan kecil operator sahaja.

 

Restoran terpaksa mengikut terma dan syarat yang diberikan tanpa banyak pilihan.

Kesukaran Melaksanakan Sistem Order ‘Online’ dan Delivery Sendiri

  • Pengusaha tiada sistem pesanan sendiri yang memenuhi kriteria 5 kelebihan Restoran Mamak.

 

Pengguna juga lebih selesa menggunakan ‘apps’ yang telah menjadi ‘habit.

Mereka sudah terbiasa dengan ‘apps’ yang lebih ‘centralised’ dengan ‘proses flow’ yang mereka sudah biasa gunakan.

Hilang Kawalan ke atas Fasiliti

  • Pengenalan ‘central kitchen’ oleh penyedia perkhidmatan pihak ke-3.

 

‘Central Kitchen’ ini secara tidak langsung tidak mengoptimumkan cawangan restoran yang sedia ada dan menghilangkan kelebihan lokaliti yang ada pada setiap cawangan.

‘Central kitchen’ ini juga menjadikan model perniagaan Restoran Mamak berisiko menjadi sebuah komoditi yang akan menjadikannya lama-kelamaan tidak lagi relevan.

Adakah pengusaha Restoran bakal menjadi pengusaha Tukang-Masak sahaja selepas ini?

Rumusan - Cabaran yang Dihadapi

  • Lama-kelamaan 5 kelebihan yang ada pada Restoran Mamak, tidak lagi menjadi kelebihan apabila beroperasi secara ‘online’.

 

Hampir ke semua restoran yang ada didalam ‘Apps’ pihak ke-3 mempunyai mutu perkhidmatan yang sama dengan perbezaan hanya pada menu.

Sumber-sumber pendapatan sampingan yang disediakan di restoran tidak lagi dapat ditawarkan di dalam ‘Apps’ pihak ke-3.

Bagaimana Kami Membantu Pengusaha Restoran Mamak?

 
Bantuan Restoran Mamak.jpg

Bagaimana Kami Membantu?

  • Kami membantu dengan mengekalkan 5 kelebihan yang ada pada Restoran Mamak secara fizikal, kepada perkhidmatan ‘online’ melalui sistem dan kempen #support_lokal.

  • Pengusaha akan memiliki sistem pesanan secara ‘online’ sendiri termasuk pilihan sistem ‘delivery’

  • Pengusaha ada pilihan menggunakan ‘rider’ sendiri mahupun di-integrasikan dengan perkhidmatan delivery yang lebih efisien. cth: Lalamove, Bungkusit, Mr Speedy dan lain-lain.

    Ini akan meng-demokrasikan sistem pesanan yang terlalu dimonopoli.

  • Kami akan kembalikan hak mengambil pesanan secara ‘online’ kepada pengusaha restoran.

Untuk Penerangan Sistem dan Process yang kami gunakan untuk membantu pengusaha restoran.

Dapatkannya di sini.

Hubungi Kami untuk Cuba Demo Sistem yang Kami Sediakan

 
rider mobile pos.jpg
sistem-flow_header.png
sistem-flow_body.png

Untuk Penerangan Sistem dan Process yang kami gunakan untuk membantu pengusaha restoran.

Dapatkannya di sini.